05/07/2013

Karnival Kerjaya di ASiS

hai, assalamualaikum.

              penat weh penat, dah lah baru bangun ni. minggu ni memang minggu yang memenatkan bagi aku. actually, baru lepas Hari Sukan sekolah. okay sangat memenatkan dan alhamdulillah rumah putra menang tempat ketiga kawad kaki. ingat senang ke hoi!!?? penat lelah aku mengajar mereka berbalas. ececehh..


            baru-baru  ni telah diadakan Karnival Kerjaya di ASiS. tahu tak sekolah apa tu? haha sains alam shah. lol dekat je sekolah tu dengan sekolah ku. sebelah-sebelah je. jet jet plak aku. okay aku masuk pertandingan membina media maklumat. so buat kat Asis tu selama 2 hari. hari pertama tu sampai sana je. first sekali nak cuci-cuci mata *.* hahahah k takpun. sekolah tu sekolah lelaki. okay apa aku kisahh. hari pertama students asis tak ramai lah, sebab mereka buat hari sukan dekat stadium. so bagus lah. sunyi siket. tapi aku dah lama lalu lalang depan sekolah tu, baru aku tahu keluasan sekolah tu. besar k. kalau kau tengok pun, macam tak percaya sebab dia punya pintu gerbang macam sekolah tu kecil je. DON'T JUGDE BOOK BY ITS COVER :) kan? first time wu. lepastu , kami sampai pun prepare barang-2 untuk dipamerkan. dan menghafal skrip untuk present.waa sangat mendebarkan. bila buat cabutan undi , kami dapat nombor 7 yang terakhir sekali. haha hebakk tangan fatinah. alhamdulillah , kami dapat buat presentation dengan baik. kami target nombor 1, malangnya dapat nombor 3. habis semua, pihak juri dia umumkan 3 daripada 7 buah sekolah yang mendapat top 3. nervous k. chochrane, teknik KL dan last dia sebut sekolah Cap Kunci =.= haha. Cap Kunci tu nama famous #Cherasian dulu. yeah well. kami dapat top 3. so esok kami kena datang buat pameran di dewan dan mendapat hadiah.


kami di Bilik Akademik , Asis.


               hari kedua di Asis pulak, haa ni best nak cerita. lol :p so students Asis memang ada. haha. sesampai je kat sana , kami duduk tangkap-tangkap gambar dulu. melongo dulu. sebab belum mula apa-2 lagi. lepas tu, kami hias binaan media maklumat kami di dewan sebagai pameran. dekat dewan ada sketsa berlangsung masa tu, so tugas kami menyampaikan maklumat kepada sesiapa yang berkunjung. malu memang ah malu. dah namanya tu sekolah lelaki. so lelaki jelha melawatnya. lepastu , ada satu masa tu. ada seorang student Asis lama berdiri menelaah maklumat kami. okay tugas kami untuk melayan kunjungan. so aku tegur lah ' em em form berapa?' haha. dia jawab form4. okay mula dari situ lah perbualan kami, sampai meleret-leret. sampailah kami kenal tengku ahmad arief. peramah jugak dia ni. then , aku gi kat pameran teknik KL. lepastu , si kawan aku Jiea cakap dia dengar perbualan students ASiS yang cakap aku ni kawan lama dia. aku pun terkejut lah kan. aku usha lha student Asis tu balek. walaweh member lama aku dong , Afiq. Afiq ni dulu masa sek rendah anti-perempuan u know. tak dia macam tak suka kawan dengan perempuan. tak sangka dia sek asis. aku pun tegur cam tu cam tu je. selamat kau kenal aku. lepas tu, jumpa Izzat kawan lama aku jugak. walaweh tak sangka. izzat lambai aku, so dia ingat aku! yeay!! haha.


             sambil melayan pengunjung yang patutnya tanya tentang maklumat media maklumat kami, ada yang tanya soalan luar jangkaan. students Asis ni peramah lah jugak. wekkk. aku, jiea, ummu dan fatinah semua layan apa soalan yang mereka tanya. jawab jelah. tapi mereka ni kelakar k. dah namanya lelaki kan. lepastu si kawan kepada kawan lama aku Afiq (tak tahu nama dan tak nak tahu pun) datang dekat aku :


dia : weh , afiq nak jumpa kau kat luar dewan jap.
me : menipu~ *sambung menjawab soalan pengunjung*


          aku buat donno je lah. sebab aku tak percaya. tadi pun aku yang tegur si Afiq ni dulu. kawan lama beb, malu memang ah. jadi tebalkan muka je lah. lepas habis je pertandingan sketsa , yeay SMK Cheras pun dapat top 3 sketsa. folio kerjaya dengan EAK menang tempat pertama. hebatnya kawan-kawan aku :'( cikgu suruh tinggalkan dewan pergi makan sebelum upacara penyampaian hadiah. bila aku keluar je dewan , aku nampak kawan aku Afiq tunggu. okay betullah, apa kawan dia cakap. aku sangat-2 tak ingat perbualan kami , yang aku ingat Afiq tanya soalan lain, aku jawab soalan lain. memalukan k haha. lepas tu, cerita lah pasal apa aku buat dekat sini.  banyak lah. yang penting niat dia nak tegur aku. macam tak caya weh Afiq ni. dulu sek rendah. sombong mombong :p habis je bersembang , aku berlalu pergi. tengok kawan-kawan aku da takda. dengan lalu depan students Asis. adoii. lepas tu nampak kelibat kawan aku dengan Tengku (student Asis yang tadi) . mereka suruh Tengku tunjuk dewan makan. DEHEL!!!! *dalam hati* takkan kawan aku tak tahu dewan makan? semalam kami dah makan dekat dewan makan da. haha. okay lupakan. Thank you Tengku. tunjukkan jalan. k best makan makanan budak asrama. pinggan dia gerabak besar. hahaha. lepas makan je, ada upacara penyampaian hadiah. Alhamdulillah, SMK Cheras menang keseluruhan karnival kerjaya peringkat pudu. :) good job! 


             balik tu , sementara tunggu cikgu kaunseling kami makan kami tangkap tangkap gambar dulu sebelum pulang. nak jalan kaki? memang lha dekat. dengan panas teriknya memang taklah kan. :p first, kami tunggu lama cikgu , nak balik ni!! aku ada ajar kawad kaki ni... aku dan ummu pun pergi carik cikgu dekat dewan makan. tengah berjalan tu, kami bumped dengan students Asis. 

student Asis : eh kitorang nak bergambar boleh dengan korang>
me : erk...erkk.. hahaha k k.

                lol malu k. hahahahaha. tapi tak sangka ah mereka ajak bergambar. selalunya perempuan yang ajak lelaki bergambar adalah :p lepas kami jumpa cikgu, cikgu pun dah habis makan. sampai je sekolah ku yang tercinta , aku terus ajar kawad kaki sampai pukul 5. nampak tak dan boleh bayangkan keletihan aku sampai tahap doktor falsafah? apa aku merepek ni =.= okay aku memang seorang yang penat. okay bye.