04/08/2013

Ramadhan Semakin Hilang

    Assalamualaikum,


                  okay memang tak boleh blah tajuk entry. heeeheee. maksudnya Ramadhan semakin berlalu... so Syawal semakin menjelma. huu exsaited. weh lama jugak aku tak update blog. buzy weh aku bulan puasa ni , buzy tidur... penat dia lain macam tahu bulan puasa ni yang mulia ni... tanpa kehadiran makanan dan minuman yang 24/7 selalu aku melantak. tapi kita sebagai khalifah , inilah tanggungjawab kita yang wajib kita laksanakan KERANA ALLAH SWT. tapi an baru baru ni , korang perasan tak kecoh dekat laman you-tube pasal penghinaan islam. haishh gua tengok itu punya Maznah punya video buat ku bengang saja~ tak tengok lagi? pergi tengok sekarang. adudu.. apa masalah dengan umat Islam zaman sekarang? kita terlalu sensitif peka dengan sekeliling. lol. tapi kan , sangat tak perlu dia nak ajak anjing beraya sama dengan dia. memang anjing anugerah Allah. tapi kau sendiri tahu kan , anjing dengan babi ialah binatang umat Islam cannot go. najis mereka najis berat tahu. emosi okay...



                       Alhamdulillah , aku belum lagi ponteng-ponteng puasa. tapi rasa nak ponteng tu pernah terdetik. yeah. disebabkan mak ayah aku mendidik ku. *poyo je ayat* so aku menjadi sabar ketika berpuasa sampai sekarang. puasa pun bukan hanya menahan nafsu lapar dan dahaga malah menahan nafsu mata , telinga dan so on. bila mula nak Ramadhan tu , aku tekad nak full tarrawih auw auw.... alhamdulillah , ada 2 hari je kot aku tinggal. satu hari tu penat tahap cipan tengah bunting. bayangkan cipan tu mengandung. okay aku merepek. yeay!! bulan apa lagi yang kita banyak ingat Allah , selain bulan Ramadhan. tak gituu? >< kita tak tahu mungkin tahun depan kita tak jumpa lagi bulan yang mulia ni. sepanjang bulan Ramadhan memang banyak lha perkara-perkara yang dilalui.



                     contohnya ada satu kejadian tu, tapi bukan kejadian pun hahaha. okay aku solat zohor dekat surau sekolah. lepastu kebetulan belakang aku solat ada sekumpulan perempuan junior sekolah aku tengah duduk bersembang sesama sendiri. bila aku dah tahyat akhir tu , aku dengar perbualan mereka.


                   A : aku  hari-hari sahur sorang, buka puasa pun sorang. mak ayah aku bukannya puasa pun. keje asyik nak makan je.

B : ishk apa nak jadi lah mak ayah kau. 

A : kan? hm

C : eh sama lah dengan mak dan ayah aku *bercakap dekat A*


lepas tu, mereka tukar topik. eh sebelum aku mengulas cerita pasal tadi, mesti korang ingat aku tak khusyuk solat. dah mereka bersembang bagai nak rak. memang telinga aku bole pekak sendiri kan. jadi TERDENGAR. haha. cuma aku tak sangka kita ni kan negara Islam , so kita ada tanggungjawab sebagai seorang Islam. kalau remaja tak puasa aku boleh terima lagi , mana tahu satu hari mereka boleh sedar. ini apa kehelnya kalau mak bapak tak puasa? mereka tak rasa serba salah atau rasa malu siket ke dekat anak mereka? anak lah generasi negara. patutnya menjadi contoh kepada anak-anak. tengok aku dah berceramah lepastu cakap aku ustazah pulak~ tapi sejujurnya aku tak pernah lagi nampak depan-depan mata aku bapak tak puasa. tahu pun malu makan kat luar , habis makan dekat rumah depan anak-anak tak malu? hahaha k. tolong lah sedar siapa yang masih meninggalkan ibadat puasa. 29 hari je pun. 



tahun ni aku raya di Bt Gajah, Perak. okay memang tiap tahun pun raya situ. kampung tu je tinggal. lepas tu raya kedua  pergi raya tempat kelahiranku , raya rumah sanak saudara belah bapaku.. tak sabar nak main mercun! haha. okay apa apa pun, NOR AIMUNI BT ABD AZIZ ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh pelosok negara. Sesiapa yang mengenali diri ini, Saya memohon maaf jikalau ada buat salah, terkasar bahasa , perangai menjengkelkan atau so on. Raya raya jugak , keselamatan pun kene jaga. :))) Assalamualaikum.