13/06/2013

Port Dikcson

Assalamualaikum,

wahahaha. k benda nie dah berlaku 4 hari lepas k. cehh aku baru nak update. okay minggu lepas kan kita yang budak-budak sekolah ni cuti penggal. berapa hari? 2 mingguuuu! apa rasa? rasa heaven gila. minggu pertama memang bosan k. kkkk. haha memang aku duduk rumah je sepanjang minggu pertama. pandang beg sekolah memang tak ah =.- malas tahap gaban k.  pandang kerja sekolah memanggg lagilahh tak. kalau orang tanya aku , 'kau tengah buat apa?' k jawapan aku mesti sama je 'melongo kat rumah' tapi kalau da bosan tu memang kemas rumah , basuh pinggan , sidai kain. wahahaha (sekali sekala benda macam ni) :p k lupa. ada hari rabu hangout with my friends tercinta :* Nurul Najwa , Nurul najihah, Nurainatul , Muhd Aliff , Abdul Razin , Muhd Taufiq dekat THE MINES (first time)

          okay. so minggu kedua baru ada yang best siket. hahaha. tetibe hari khamis kott ayah aku cakap jumaat nak gi Port Dickson. me? buat apa? mungkin pergi rumah opahsu kot sebab rumah dia dekat sana. tapi tak gi holiday kot!! yohooo! best k. best k. tibalah hari jumaat tuu pukul 6 baru gerak sebab tunggu mak and kakak aku tamat kerja. wuu excitedi excited. then , tengah otw kakak aku semua bergaduh sesama sendiri sebab jalan sesat lol. rileks ah. kalau sesat pun jumpa jalan balik gak. sebab nak elak lebuhraya jem ikut lha jalan lama kan? so da sesat. akhirnya pakai gps tab. haha kan senang. then da sampai Port Dickson , kemain carik Blue Lagoon Condo Resortnyaa. hahaha. so sampai sudah dalam hotel tu. k lawa k. dah macam rumah sendiri. 

              keesokannya, pepagi lagi aku dah bangun :'o then check we chat aku , ada orang add. so aku approve lha si dia ni tiba-tiba kitorg jadi kawan sebab dia pun tengah holiday PD tapi tak sama resort ah. pepagi aku duduk teman adik aku mandi swimming dekat bawah. siapa taknak join kan? besttt. da lama tak mandi swimming ni. mak aku teman aku jugak aku mandi swimming dengan adik aku. kakak dan abang aku still membuta dekat bilik. masih menjaga aurat so mandi kolam ah. tapi agak malu ah siket, ada gak remaja lelaki dekat situ. handsome plak tu.. muahaha. tapi perempuan lagi ramai k. petangnya , kitorang berjalan-jalan dekat kawasan Port Dickson. k Port Dickson best k. tapi takda plak gambar untuk aku kongsikan. sebenarnya aku tak suka sangat share gambar dekat blog ni. sebab gambar kita dia save dekat google. k jaat k.

                      malam tu makan besar-besaran dengan family. makan kek secret recipe wuuu sempena birthday mak aku haritu. kebetulan k. haha. sambil menghirup udara nyaman di balkoni hotel, aku memandang lah ke arah kolam renang. then aku nampak sekumpulan perempuan (mungkin adik beradik) mandi kolam dalam & orang kot berpurdah dan berbaju labuh. sebenarnya aku respect diaorang kalau mandi tak bercampur aurat then mandi time malam-malam. orang tak nampak kan.

                   Keesokannya, sebelum balik gi jalan-jalan kat tepi pantai.. tapi tak mandi pun. sebab dah nak balik KL dah. bila balik, aku dah mula rindu PD :( sumpah best! tiba-tiba terasa nak tahu siapakah jejaka itu dia senyum kat aku lah wei!!!! .......perasannya aku.......sekali sekala......siapakah dia? Okbye><




jom holiday dekat PortDickson? :D