24/11/2012

Cameron Highland

Assalamualaikum.

Saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih tidak menDELETE blog ini yang last postnya bulan 6. Kahkahkah. Lama kan aku tak UPTODATE. Now , musim cuti persekolahan. Act kalau cuti sekolah bersiar-siar lah apalagi kan? Heret lah tangan parents kau orang tengok laptop search penerbangan AirAsia. (Bagi Yang Ingin Ke Luar Negara je) . Okay. Yang nak di dalam Malaysia je , yeahh kita seppp.

               Firstly, aku balik kampung. dengan siapa? dengan family lah kan. Kalau kat kampung memang bosan. setuju tak? kalau nak dapat line internet tu memang TAKAKAN dapat. Yeahh! Takkan dapat. so, kalau kat kampung astrooo je lah jawabnya. Tiba-tiba ada malam tu aku dengar ...

                            Abang : mak , nak beli apa dekat sana?
                            Mak    : mak nak beli sayur-sayur sedikit dekat sana.

Aku? diorang nak pergi mana ni? (nampak sangat macam taknak ajak aku). Lepastu mak aku cakap lah yang esok nak pergi Cameron Highland. Aku? Wawww. Bersiar-siar macam ni lah aku suka dengar. Balik hari je. Keesokan harinya pukul 8 setengah dah nak bertolak. Perak -> Cameron Highland tu tak jauh sangat lah kot. Act aku baru pertama kali ke sana. hmmmm dah 15 tahun kott. *muka excited terlebih*.

aku tak banyak bergambar kat sana. lagipun susah nak masuk gambar dalam laptop nie.
okay. dah sampaiXD



                Sepanjang perjalanan , aku okay kott. Tak macam adik sedara aku yang seorang nie , boleh pulak termuntah. Selamat dia termuntah dah nak sampai dah destinasi. Yeahh. Jalan yang mencabar. Naik roller coaster yang tak berapa nak mencabar. But , pemandangan dia best. Sampai sana , pergi sarapan dulu. Pertama kali aku merasakan suhu paling sejuk di Malaysia. Macam dekat oversea XD. Dekat Kuala Lumpur suhu macam nie jangan harap. Kalau harap pun , dekat rumah bawah air-cond. Lepastu kami singgah gerai yang kebanyakannya di Cameron berwarna merah pink bertemakan Strawberry. Tanpa Cameron, Takda lah Strawberry. Tak sah lah kan pergi Cameron tak beli Strawberry , mesti beli punyaa.


Yummy!



Dah beli Strawberry , adik sedara aku termasuk aku dah tak sabar nak makan Strawberry. bukannya selalu dapat makan. (nampak gelojoh disitu) so, dalam kerete dah bukak then makan but basuh dulu XD. Kami jalan-jalan di ladang teh , pergii taman bunga. Okay. Even balik hari pun , best apa. janji dapat bersiar-siar.


s/u : Jom Bersiar-siar!