29/03/2014

school holidays

hai assalamualaikum,


hehe. takda ribut takda angin tiba-tiba lha kan aku rajin nak meng-update blog yang sudah berkurun tidak update. tapi tadi ada hujan. tetiba pulak. okay , sudah hampir seminggu budak sekolah cuti. actually , tak rasa sangat pun macam cuti. cepat je masa berlalu. pejam celik pejam celik esok SPM. deheck. aku tak suka mencarut sebenarnya , so aku reka lha ayat "deheck" menggambarkan diri ku rasa sangat benci tentang sesuatu perkara tu. hahahaha ayat aku sangatlha tak boleh blahh. aku post cerita ni pun sebab mata tetiba segar bugar malam buta-buta ni, on lha laptop. lama okay tak bukak laptop, so check insta sekejap , facebook sekejap.  twitter tak payah nyatakanlha kan, setiap hari online dekat hp. sebenarnya nak tengok running man , tetiba video ni ajaib pulak hilang dalam laptop.


                aku nak cerita aktiviti hari ini. aktiviti cuti sekolah hari sebelum ni tak da benda nak cerita sebab duduk rumah je pun. okay, aku pergi tuisyen hari ini. so pukul 11 tadi , memandangkan pak mak tok cik tek sedara mara ramai datang rumah. so my abah cannot send me to kl. (tuisyen) my abah just sent me to ktm kajang. huuu jauh kau tuisyen dengan rumah. speaking pulok. bila dah siap semuanya , so tunggu lha ktm. haihh pe jadah aku tak faham ktm ni. dahlha lambat , lepastu macam tin sardin dalam tren. sesampai kat tren , aim aku nak masuk KOC WANITA. HEAVEN kot. bila tren sampai, gile .... koc wanita penuh , pastu aku masuk lha koc campur tu. deheck jugaklha rasa. campur dengan lelaki ya Allah. tapi ramai jugak perempuan masuk koc campur. weh ramai masyaAllah. aku rasa macam apa je weh berdiri kat tengah-tengah lelaki omg... dengan tren yang suka break tetiba. haihhh rasa nak pakai baju yang ada tajam-tajam tu. so lelaki kalau langgar aku, haaa kau rasain hahahha. aku bukan apa, tak kisah lha ramai. masalahnya yang ramai tu kebanyakan pendatang asing. kesian rakyat Malaysia.

               macam biasa , naik tren memang lambat sampai kelas, tapi lambat 5 minit jelha. masuk kelas memang penat. aku mulakan tuisyen dengan subjek fizik diikuti matematik tambahan dan last english. oh masa kelas english , apa jadah orang belakang aku lelaki masa tengah belajar dia main ketuk-ketuk kaki aku pakai kasut dia dari belakang. sumpah aku tak faham. aku tak tahulha dia melayu ke cina. tapi lelaki putih. okay lupakan.


              okay itu sahaja nak cerita, hm lagi satu aku nak tanya korang , kalau ex korang nak getback balik, korang terima tak? ( takda sapa baca , so tanya soalan sorang-sorang hahahha) okay aku saja je tanya . kah. bukak sekolah tinggal satu hari lagi , so kepada kawan-kawan seangkatan ku tak kira satu sekolah atau lain sekolah. all the best okayh! spm nak dekat dah .--------. *troll face*